Huhomr Ekabina Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 Januari 2019 dan pejabat beralamat di No 2 Kedai Pangsapuri Cendana, Jalan Metafasa U16/3, Taman Bukit Subang, Seksyen U16 40160 Shah Alam, Selangor dan telah beroperasi selama 3 tahun. Kami merupakan sebuah syarikat pembinaan bagunan, ubah suai rumah, pejabat termasuk komersil, pendawaian elektrik, perpaipan dan sebagainya. Untuk makluman, kami adalah sebuah kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai lesen kelas G3. Dengan pengalaman kami dalam bidang pembinaan selama 8 tahun, kami berharap dapat memberi impak yang positif dalam industri pembinaan termasuk ubahsuai rumah di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Kami merupakan salah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Kami juga telah melakukan pelbagai jenis projek pengubahsuaian rumah dari nilai kontrak ribuan ke ratusan ribu ringgit dengan menggunakan kepakaran yang kami miliki. Oleh itu faktor keselamatan, mutu kerja dan kualiti adalah penting di dalam setiap hasil kerja di syarikat kami. Untuk tahun 2024 ini, kami berhasrat untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuklah pemilik rumah, kontraktor, arkitek dan pereka dalaman supaya mencapai target syarikat kami. Diharap kita dapat bekerjasama dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
Fuad Nasir
(Bekas jurutera awam dan struktur)